Marini_70
Female
Malaysia

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, June 05, 2008
Jauh Jalan Luas Pandangan

salam.. tajuk tu takdak kena mengena dgn aku pun.. pagi selasa lepas aku dikejutkan oleh jiran belakang aku dgn panggilan mesranya Kak Tini.. masa tu aku berborak melalui pintu belakang..
mana tak surprisenya aku.. sejak kenal dgn dia +-15 tahun yg lepas ni la pertama kali aku dengar dia jalan jauh.. rupanya 3-4 hari minggu lepas dia tak ada kat rumah.. (aku tak perasan pun dgn keadaan tak sihat aku camni mana la dok jengah sgt keluar)..
dia sekeluarga pi makan angin ke Langkawi.. huh.. lalu kot kampung aku pulak tuuu..
seronok dan terujanya aku dengar cerita Kak Tini.. ya la suami dia baru pencen sbb tu dpt peluang pi makan angin.. anak-anaknya yg 3 org tu pun dah besar.. anak lelaki dia yg bongsu tu muda seminggu ja dari tarikh aku berpindah ke rumah ni (15 tahun dh tu)

Posted at 01:12 pm by Marini_70
Make a comment  

Nak Cerita Sikit

Kebetulan aku bercerita mengenai arwah PakNgah yg baru meninggal.. teringat pula nak bercerita mengenai salah sorang cucunya yg dulu pernah menganggotai kumpulan Umbrella yg pernah popular dgn lagu Ramalanku Benar Belaka satu ketika dulu.. penyanyi utama kumpulan tersebut ialah Zarul.. Rizal anak saudara sepupu aku tu (mak dia Kak Doyah, sepupu aku, skrg menetap di Balakong) main gitar bass..
Rizal ni membesar dan bersekolah di Kuala Kedah (kampung aku la tu).. mungkin sbb masa tu dia ni ramai adik beradik jadi sbb tu dia ditinggalkan dgn TokWan dia iaitu arwah PakNgah.. berkahwin pun dgn org dekat situ jgk.. org Teluk Chengai.. dia ada sepasang anak kembar (mcm aku la) rasa aku dh sekolah menengah la ni.. lepas habih sekolah baru dia berhijrah ikut mak bapak dia masa tu di Cheras.. masa tu la dia 'tersangkut' dgn band group tu.. aku ada simpan gambar dia masa jumpa 4 tahun yg lepas (lama dh tu) di Endau, Johor masa kenduri kawin Zahir anak PakNdak Taib..



ni Rizal dgn Din (sepupu aku yg membesar di Rompin sejak kecik lagi krn ikut ayahnya Pakcik Mat Zin merantau di sana)



yg sebelah kiri sekali bertudung hitam tu la mak Rizal, Kak Doyah sepupuku.. dua gambar ni diambil di Endau, Johor.





Posted at 01:01 pm by Marini_70
Make a comment  

Monday, June 02, 2008
Al-Fatihah

petang semalam +-7pm dpt berita sedih dari kampung.. berita pemergian ke rahmatullah bapa sedara Pak Ngah Kassim (abg kpd bapak tercinta) setelah bertahun jatuh sakit diserang angin ahmar.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh org2 yg beriman.. amin..
sebenarnya pd petang rabu minggu lepas dah dpt panggilan dari sepupu (anak arwah pakngah) minta no henpon my bapak sbb nak bgtau berita yg arwah pakngah dimasukkan ke wad ICU pd hari tersebut..
spt biasa aku yg di kejauhan ni hanya dpt menitipkan doa dari jauh tanpa dpt menghadirkan diri utk menziarahi jenazah...
jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan pagi ni.. Al-Fatihah.. amin..
cry cry

Posted at 07:35 am by Marini_70
Comment (1)  

Sunday, June 01, 2008
Modem Kong Pc Reformat

petang kelmarin hujat punya la lebat.. petir dan kilat sabung menyabung.. kat sini kalau dah kilat mmg power gila.. rupa˛nya lepas tu bila on balik pc ngan modem.. modem dah kong.. takdak 'light indicator'.. mlmnya suami bwk pi kedai.. rupanya ngan LAN kad sekali rosak.. jadi cina kedai tu kata kena format semula..



adeii.. habih la data˛ mcm pics, mp3 dlm tu.. software semua kena install balik..
apa nak buat.. terima ja la.. lain kali serik la camni.. kena cabut talipon line kalau ada kilat dan petir..

Posted at 02:28 am by Marini_70
Make a comment  

Friday, May 30, 2008
KEADAAN AKU

salam.. ntah berapa lama lagi aku dpt tulis di blog ni..? aku pun tak pasti.. aku kini membilang hari˛ yg mendatang.. sebelum aku menulis dgn lebih panjang lagi.. aku minta korang bacalah dulu serba sikit cerita berkenaan keadaan diri aku ni di..

http://akakjb.blogs.friendster.com/my_blog/

keadaan aku bukanlah sesihat spt dulu.. sejak kira˛ setahun setengah dulu.. semakin hari makin berat rasanya badan ni.. dah tak boleh nak bergerak aktif walaupun di dlm rumah sendiri.. nak masak pun dah tak boleh.. sekadar goreng telur tu ok lagi.. tapi kerja berat˛ spt kerja mencuci di sinki mmg dah tak boleh.. semuanya dgn bantuan suami dan anak terutamanya yg pompuan sulung tu.. aku kini masih menunggu panggilan dari pihak hospital utk temujanji 'ultrasound' hati.. lepas ni doktor ckp baru dia bleh cerita lebih lanjut lagi mengenai hati yg aku rasa makin membengkak ni.. kerap kali aku mudah sgt terkena 'perut berangin'.. bila dah jadi camtu.. aku sampai boleh muntah˛ keluar lendir..

kaki dan tangan masih lagi terasa kebas˛ kesan ubat kemo yg tamat pd awal april lepas.. pergerakan mmg dah terbatas sejak mula kemo lagi.. naik turun tangga pun naik mengah rasanya.. tak boleh kerap˛.. keluar rumah mmg jarang sgtlah skrg ni.. rasanya dlm 4 bulan tahun ni hanya 2 kali aku keluar (tak termasuk ke hospital)..
yg paling aku kesiankan skrg ni ialah anak˛ aku yg 3 org tu.. masih muda dan mentah lagi mereka tu.. masa saja yg akan menentukan.. dlm kepala otak aku ni Allah SWT saja yg tau.. mungkin nanti aku akan luahkan di sini..

ok.. cukuplah tulisan buat kali ni.. 

Posted at 07:41 am by Marini_70
Make a comment  

HARI INI DALAM SEJARAH

assalamualaikum.. buat pertama kalinya aku cuba utk coretkan kata˛ didlm blog yg hanya baru beberapa minit dicreate.. Smile semoga ada idea yg menarik utk dikongsi bersama.. Wink

Posted at 02:42 am by Marini_70
Make a comment